Thursday, June 28, 2012

Laisa biamaaniyyukum

Bismillahirahmanirahim...




Berdiri di tengah padang luas lalu mendongak ke langit,
kepulan awan dan hijau padang saja sudah buat aku tenang,
apa pernah kau rasa alam ini bisa menggegarkan jiwa seorang hamba.


Setiap kali jiwa racau
aku ke sana, hari-hari pada setiap petangnya.


Begitulah aku bila mahu sendiri dari lelah hal dunia
lebih suka mengasingkan diri dan mengamati sekeliling
walau cuma pada anjing-anjing hitam yang panjang zikrullahnya.


Boleh jadi aku di situ muram atau tersenyum? tak menentu.


Aku tersenyum bila mana aku ingat waktu aku berada dalam kesesatan dan jahiliyyah,
lalu bagaimana Allah mencampakkan cahaya di atas cahaya, 
menyelamatkan aku dari kegelapan pekat.
Lucu sungguh aku manusia, buta membezakan yang baik dan yang buruk.


Aku muram,menahan malu.
Zikrullah aku tidak sehebat haraki alam. Kekadang ingat. Kekadang lalai.
Sedangkan seekor anjing yang aku pandang jijik selalu mengingat Allah.
Sedangkan bunga yang singkat hayatnya pun selalu mengingat Allah. 
Bagaimana mahu menjadi usratul hasanah kalau aku sendiri gagal mengingat Allah?
Bagaimana mungkin aku membangkitkan manusia sedunia kalau gagal membangkitkan diri sendiri?


Laisa biamaaniyyukum
''Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu."
(an-Nisa:123)

Jangan bermimpi mahu jadi seperti Anas bin Malik. 
Tidak terkenal di bumi tetapi menjadi sebutan penghuni langit 
jika cinta kamu tidak sehebat Unais mencintai apa yang dicintai Rasulullah dan benci apa yang dibenci baginda.

Jangan berangan mahu jadi seperti Khubaib.
Terkenal kerana diseksa quraisy sbg ganti Muhammad.
Jika cinta kamu tidak pada Nabi dukungan langit tidak sehebat cinta Khubaib.

Jangan bermimpi mahu jadi seperti al-Bara.
Meluluh daging tangan sehingga menampakkan tulang demi saudara sendiri.
Jika keberanian kamu tidak dapat mengalahkan keberanian Al-Bara di medan jihad.

Muhasabah.



Monday, June 11, 2012

Transaksi Hati

Bismillahirahmanirahim...


Matahari beransur terbit dari kaki langit
Di ufuk timur, kelihatan warna jingga seperti menaikkan seri gumpalan-gumpalan awan.


Mesej-mesej dia selalu aku terima,selalu
Ketika helaian-helaian matsurat baru saja dicapai
Pada ruang waktu tinggi matahari sekadar al-Rumh jaraknya dari pandangan
Sehinggalah pada saat bulan mula mengambang, aku menutup muka surat al-Mulk.


Dia akan berjalan dan mencuit bahu aku dari arah belakang, setiap kali berjumpa. 
Sekali saja menoleh, aku pasti memeluk dia erat-erat.
Hati memang sudah nyata menjerit suka dari dalam. 
Tak perlu cerita semua, seolah berlaku transaksi hati antara aku dan dia.


Saat pertama kita melangkah untuk bersama 
dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Ketahuilah bahawa sesungguhnya diriku adalah dirimu
Setiap kegembiraanmu adalah saat bahagia aku
Dan setiap masalahmu juga menjadi kerunsinganku.
Bukankah  kita telah berjanji setia mengharunginya bersama
Dalam rabithah hati kita, pagi dan petang.
Ketahuilah apabila engkau telah menasabkan dirimu 
dalam dakwah dan tarbiyyah
Segala masalah yang kamu pikul  adalah masalah untuk dakwah 
Itu masalah untuk kita pikul bersama.
-Bidadari Chiba, Japan-


Begitulah aku dan dia menyerap dan membahagi kekuatan
sama rata.
Walau kami berjauhan, sibuk dengan kerja dakwah dan tarbiyyah
tapi kerana dakwah itu cinta
Hari-hari cinta itu bercambah dan kami cuma menyuburkannya.



Hadiah dia buat aku, mungkin;)
Semoga Allah mengganjari kebaikan buatmu, kakak
dan menambah kekuatanmu dari setiap mesej yang aku terima.

Rindu dan cinta aku,
biar Tuhan yang sampaikannya pada akak melalui setiap derap doa yang aku  baca hari-hari.

Saturday, May 19, 2012

Masa Silam

Bismillahirahmanirahim...


Lama kesepian mendominasi keadaan. Hening.


"Kalau kamu diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu, apa yang ingin kamu lakukan?" Soalnya sambil memandang laut.


Menarik nafas panjang. Dan menghembuskan beserta bongkahan dijiwa, "Aku mahu membetulkan semua kesilapan aku..."


Dia memandang tepat ke anak mataku, "Tapi tanpa semua kesilapan kau yang lalu, kau mungkin tak jadi seperti hari ini..."


"Kamu, hidup diburu dosa-dosa silam itu sangat menyeramkan. Bila aku teringat, kesakitannya membuat aku menutup mata sendiri. Betul kata kamu. Aku takkan mungkin kembali ke masa lalu.."


Dia diam. Memandang kosong lautan di hadapan.


Aku juga tahu rasanya. Bagaimana bila bergelut dengan masa silam yang penuh dengan kebatilan. Ruang lingkup dunia jadi hitam dengan jahiliyyah. Bila mana maksiat memenuhi jadual harianku. Rancaknya aku ingkar pada Tuhan.


Tapi dengan nikmat Tuhan ajarkan aku ucapan Alhamdulillah itu, aku tidak merungut lagi tetang kisah silam hidup. Jiwa tenang. Masa berlalu buat aku mengerti hikmah disebalik kejadian. Besarnya kuasa susunan huruf yang memuji Tuhan. Alhamdulillah.



Wednesday, May 9, 2012

Muslim Engineer

Bismillahirahmanirahim...


Kalau dulu-dulu selalu fikir,
alangkah bestnya dapat jadi doktor,
Nak rawat ummah perlukan doktor.
'Being a doctor for ummah and serve for rahmatan lil alamin'

Tapi terlupa yang sebenarnya engineer pon boleh menyumbang jugak,
'We are Engineering Ummah'

Kalau doktor boleh merawat ummah yang tenat,
biar kita engineer mencetak rijal-rijal hebat!

Ingat pesan atuk IHAB:
"Wahai Pemuda, yakinlah pada diri sendiri (kerana ini yang Allah inginkan), sedari dimana kedudukan kamu, yakin kamu adalah guru bagi seluruh ummat dan yakinlah kemenangan akan berpihak kepada orang yang bertaqwa."



Nagoya University Graduation Day

Tidak mustahil andai suatu hari nanti 
setiap dari nihonjin (orang jepun) di atas menjadi rijal-rijal yang hebat
yang bakal berdiri sebaris dengan kita atas jalan ini.

Jom sama-sama jadi seperti Cristople Columbus
Bila mana dia bertanya kepada orang ramai,
'siapa di antara kamu yang boleh mendirikan telur di atas meja'
lantas seorang tua menjawab,
Itu adalah Mustahil!
dan orang ramai turut bersetuju dengan jawapan si tua itu.

Tetapi Cristople menjawab kembali,
'AKU BOLEH'.
Lalu dia memecahkan sedikit bahagian bawah telur dan berjaya mendirikan telur di atas meja.

orang ramai kemudian berkata:
kalau begitu, kami pun boleh buat. Mudah saja kalau macam itu.

Cristople Columbus membalas:
'Inilah beza antara aku dan kamu. Kamu membuat perkara-perkara mudah sahaja dan Aku pula lakukan sesuatu disaat orang lain mengatakannya mustahil.'

Dream high, Fly high!
Jangan lebih banyak membina angan tetapi langsung tidak melaksanakan.

Ulangkaji asas karakter rijal sebenar
Keimanan, Keikhlasan, Semangat dan Usaha!
Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asa semangat ialah keinginan yang kuat dan asa usaha ialah keazaman membara.

じゃあ皆、どこでもいつでもsyahidまで手をつないで一緒に頑張りましょうね。

Wednesday, May 2, 2012

jangan kecewa dengan mad'u

Bismillahirahmanirahim...



Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astagfirullah 'ala kulli zanbin



buat yang sudah lama bergelar dai'e
atau yang masih baru-baru lagi memegang title dai'e
atau mungkin juga yang memendam impi untuk menjadi dai'e
ingat ini yang pertama, 'jangan pernah kecewa dengan mad'u'.


kerana mad'u-mad'u kita itu juga manusia
sama sahaja seperti kita
asalnya pun dari perkataan 'nasiya'
yang mana sifatnya itu pelupa
maka perlu ditunjukkan, diajarkan dan diingatkan.


mad'u-mad'u kita itu bukan malaikat
mana mungkin kita akan jumpa yang sempurna
oleh sebab itu kita sama-sama dengan mereka berpimpin tangan
untuk sama-sama mendekatkan diri pada Tuhan
dan tarbiyyah datang untuk menyempurnakan kita semua.


Ajarkan diri kita untuk berjiwa besar, bukan mudah untuk putus asa.
Beri ruang pada mad'u, beri mereka masa, dan beri masa untuk diri kita juga.
Jangan terlalu gopoh dan tasta'jil (baca:nak cepat).


sedangkan Rasulullah juga berpesan, taburkanlah bijih benih walaupun kamu tahu besok akan kiamat.


Lihat kisah dakwah Rasulullah kepada penduduk-penduduk Taif. Dasyatnya balasan mereka kepada orang yang cuba mengajak mereka sama mencium harum syurga. taidak cukup denga menolak islam secara terang malah Rasulullah turut mereka perlakukan sesuka hatinya, di lontar dengan batu, diherdik, dicerca dan dihina. 


Sehingga malaikat jibril yang melihat turun berjumpa dengan Rasulullah untuk memberi tawaran menghimpit penduduk Taif dengan dua bukit.
tapi apa jawab Rasulullah: Jangan, Jangan, Jangan Wahai Jibril!
bahkan mendoakan penduduk Taif: 'Moga akan keluar dari tulang sulbi mereka, keturunan yang akan menyembah Allah semata, dan tidak menyekutukan sesuatu apa pun..'


Lantas Baginda berdoa kepada Allah ketika di Taif:
'Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, kepada siapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang menerkam aku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku, asalkan aku tetap berasa dalam keredhaan-Mu. Dalam pada itu afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu Yang Mulia, yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelas dan atasnya lah teratur segala urusan dunia dna akhirat, dari Engkau meninpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun azab-Mu, kepad Enngkau lah aku aduka halku sehingga Engkau redha. Tiada daya upaya melainkan dengan Engkau.'


Allah..huAllah.. besarnya jiwa murabbi terulung kita. Mulianya hati Baginda sehingga ke tahap itu.


dan sungguh perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini benar-benar butuhkan kesabaran, maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik wahai dai'e. Yang paling baik yang kita boleh seperti pesan-pesan Allah dalam surat-Nya.
1)wa lirabbika fasbir : kerana Tuhanmu, maka bersabarlah. (al-Mudassir,74:7)
2)fasbir sobran jameela : bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik.  (al-Maarij,70:5)


Jom usaha lagi..lagi..lagi. Dakwah nie superb best lah!




Friday, April 20, 2012

Untuk Sebuah Pertemuan

Bismillahirahmanirahim...


Dingin angin malam mencengkam tulang
tapi aku,
masih tersenyum kerana melihatkan mereka berdua.


senyum.


dan masih tersenyum.


Oh, aku mati kata melihat mereka.


Mereka berdua aku kira orang-orang yang jarang aku lihat mundur kebelakang. 
Tuhan ajarkan mereka untuk berlapang dada dan berjiwa besar,
dan aku meminta dari Tuhan jiwa yang mirip seperti yang mereka ada.


Mereka antara orang-orang yang bergerak kencang dalam dakwah dan tarbiyyah, yang telah mengusrahkan banyak orang, yang menyentuh jiwa-jiwa leka melalui pena dan membiaskan cinta Tuhan pada semua, sentiasa.


Cemburu melihat mereka.


Jika di mata Tuhan ada kekasih-Nya, Rasulullah, ada para syahidin, ada para sahabat, dan ada mereka, maka adakah Tuhan masih mahu memandang pada aku yang tidak punya apa-apa? Mahu bawa bekal amal untuk akhirat, tapi aku sendiri khuatir berapa banyak saja yang mampu aku letakkan pada timbangan? 


Allah!


Tapi aku syukur kerana Allah kenalkan aku dengan mereka, Dia temukan wajah kami walau sekali cuma. Kerana dari mereka, aku rasa tempias tarbiyyah yang mungkin tidak aku temukan dalam usrah. Melihatkan bagaimana mereka sentiasa dalam perniagaan syurga-Mu. Hebat!


Aku mahu jiwa yang kosong dengan hal dunia.
Aku mahu jiwa yang penuh dengan cinta Tuhan saja.
Ajarkan aku sahabat bagaimana kau penuhi jiwa-Mu dengan nama Tuhan bila musibah menimpa.


captured by: kak krun


captured by: syafiqah

note: kak krun,syafiqah. your advantages do inspired me a lot. jazakumullah khayran katsiira, May Allah Bless.

note: untuk mak naqibah tercheenta, arwah kak hana, kak tini, kak aimi, kak ayu, kak nad. Glad to have 'ummi'2 even for once kemudian bertukar-tukar.

note: syukur juga dipertemukan dengan sahabat yang lain. Semua orang bagi syafa semangat, sama ada sedar ataupun tidak;)