Saturday, May 19, 2012

Masa Silam

Bismillahirahmanirahim...


Lama kesepian mendominasi keadaan. Hening.


"Kalau kamu diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu, apa yang ingin kamu lakukan?" Soalnya sambil memandang laut.


Menarik nafas panjang. Dan menghembuskan beserta bongkahan dijiwa, "Aku mahu membetulkan semua kesilapan aku..."


Dia memandang tepat ke anak mataku, "Tapi tanpa semua kesilapan kau yang lalu, kau mungkin tak jadi seperti hari ini..."


"Kamu, hidup diburu dosa-dosa silam itu sangat menyeramkan. Bila aku teringat, kesakitannya membuat aku menutup mata sendiri. Betul kata kamu. Aku takkan mungkin kembali ke masa lalu.."


Dia diam. Memandang kosong lautan di hadapan.


Aku juga tahu rasanya. Bagaimana bila bergelut dengan masa silam yang penuh dengan kebatilan. Ruang lingkup dunia jadi hitam dengan jahiliyyah. Bila mana maksiat memenuhi jadual harianku. Rancaknya aku ingkar pada Tuhan.


Tapi dengan nikmat Tuhan ajarkan aku ucapan Alhamdulillah itu, aku tidak merungut lagi tetang kisah silam hidup. Jiwa tenang. Masa berlalu buat aku mengerti hikmah disebalik kejadian. Besarnya kuasa susunan huruf yang memuji Tuhan. Alhamdulillah.



Wednesday, May 9, 2012

Muslim Engineer

Bismillahirahmanirahim...


Kalau dulu-dulu selalu fikir,
alangkah bestnya dapat jadi doktor,
Nak rawat ummah perlukan doktor.
'Being a doctor for ummah and serve for rahmatan lil alamin'

Tapi terlupa yang sebenarnya engineer pon boleh menyumbang jugak,
'We are Engineering Ummah'

Kalau doktor boleh merawat ummah yang tenat,
biar kita engineer mencetak rijal-rijal hebat!

Ingat pesan atuk IHAB:
"Wahai Pemuda, yakinlah pada diri sendiri (kerana ini yang Allah inginkan), sedari dimana kedudukan kamu, yakin kamu adalah guru bagi seluruh ummat dan yakinlah kemenangan akan berpihak kepada orang yang bertaqwa."



Nagoya University Graduation Day

Tidak mustahil andai suatu hari nanti 
setiap dari nihonjin (orang jepun) di atas menjadi rijal-rijal yang hebat
yang bakal berdiri sebaris dengan kita atas jalan ini.

Jom sama-sama jadi seperti Cristople Columbus
Bila mana dia bertanya kepada orang ramai,
'siapa di antara kamu yang boleh mendirikan telur di atas meja'
lantas seorang tua menjawab,
Itu adalah Mustahil!
dan orang ramai turut bersetuju dengan jawapan si tua itu.

Tetapi Cristople menjawab kembali,
'AKU BOLEH'.
Lalu dia memecahkan sedikit bahagian bawah telur dan berjaya mendirikan telur di atas meja.

orang ramai kemudian berkata:
kalau begitu, kami pun boleh buat. Mudah saja kalau macam itu.

Cristople Columbus membalas:
'Inilah beza antara aku dan kamu. Kamu membuat perkara-perkara mudah sahaja dan Aku pula lakukan sesuatu disaat orang lain mengatakannya mustahil.'

Dream high, Fly high!
Jangan lebih banyak membina angan tetapi langsung tidak melaksanakan.

Ulangkaji asas karakter rijal sebenar
Keimanan, Keikhlasan, Semangat dan Usaha!
Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asa semangat ialah keinginan yang kuat dan asa usaha ialah keazaman membara.

じゃあ皆、どこでもいつでもsyahidまで手をつないで一緒に頑張りましょうね。

Wednesday, May 2, 2012

jangan kecewa dengan mad'u

Bismillahirahmanirahim...



Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astagfirullah 'ala kulli zanbin



buat yang sudah lama bergelar dai'e
atau yang masih baru-baru lagi memegang title dai'e
atau mungkin juga yang memendam impi untuk menjadi dai'e
ingat ini yang pertama, 'jangan pernah kecewa dengan mad'u'.


kerana mad'u-mad'u kita itu juga manusia
sama sahaja seperti kita
asalnya pun dari perkataan 'nasiya'
yang mana sifatnya itu pelupa
maka perlu ditunjukkan, diajarkan dan diingatkan.


mad'u-mad'u kita itu bukan malaikat
mana mungkin kita akan jumpa yang sempurna
oleh sebab itu kita sama-sama dengan mereka berpimpin tangan
untuk sama-sama mendekatkan diri pada Tuhan
dan tarbiyyah datang untuk menyempurnakan kita semua.


Ajarkan diri kita untuk berjiwa besar, bukan mudah untuk putus asa.
Beri ruang pada mad'u, beri mereka masa, dan beri masa untuk diri kita juga.
Jangan terlalu gopoh dan tasta'jil (baca:nak cepat).


sedangkan Rasulullah juga berpesan, taburkanlah bijih benih walaupun kamu tahu besok akan kiamat.


Lihat kisah dakwah Rasulullah kepada penduduk-penduduk Taif. Dasyatnya balasan mereka kepada orang yang cuba mengajak mereka sama mencium harum syurga. taidak cukup denga menolak islam secara terang malah Rasulullah turut mereka perlakukan sesuka hatinya, di lontar dengan batu, diherdik, dicerca dan dihina. 


Sehingga malaikat jibril yang melihat turun berjumpa dengan Rasulullah untuk memberi tawaran menghimpit penduduk Taif dengan dua bukit.
tapi apa jawab Rasulullah: Jangan, Jangan, Jangan Wahai Jibril!
bahkan mendoakan penduduk Taif: 'Moga akan keluar dari tulang sulbi mereka, keturunan yang akan menyembah Allah semata, dan tidak menyekutukan sesuatu apa pun..'


Lantas Baginda berdoa kepada Allah ketika di Taif:
'Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, kepada siapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang menerkam aku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku, asalkan aku tetap berasa dalam keredhaan-Mu. Dalam pada itu afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu Yang Mulia, yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelas dan atasnya lah teratur segala urusan dunia dna akhirat, dari Engkau meninpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun azab-Mu, kepad Enngkau lah aku aduka halku sehingga Engkau redha. Tiada daya upaya melainkan dengan Engkau.'


Allah..huAllah.. besarnya jiwa murabbi terulung kita. Mulianya hati Baginda sehingga ke tahap itu.


dan sungguh perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini benar-benar butuhkan kesabaran, maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik wahai dai'e. Yang paling baik yang kita boleh seperti pesan-pesan Allah dalam surat-Nya.
1)wa lirabbika fasbir : kerana Tuhanmu, maka bersabarlah. (al-Mudassir,74:7)
2)fasbir sobran jameela : bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik.  (al-Maarij,70:5)


Jom usaha lagi..lagi..lagi. Dakwah nie superb best lah!




Friday, April 20, 2012

Untuk Sebuah Pertemuan

Bismillahirahmanirahim...


Dingin angin malam mencengkam tulang
tapi aku,
masih tersenyum kerana melihatkan mereka berdua.


senyum.


dan masih tersenyum.


Oh, aku mati kata melihat mereka.


Mereka berdua aku kira orang-orang yang jarang aku lihat mundur kebelakang. 
Tuhan ajarkan mereka untuk berlapang dada dan berjiwa besar,
dan aku meminta dari Tuhan jiwa yang mirip seperti yang mereka ada.


Mereka antara orang-orang yang bergerak kencang dalam dakwah dan tarbiyyah, yang telah mengusrahkan banyak orang, yang menyentuh jiwa-jiwa leka melalui pena dan membiaskan cinta Tuhan pada semua, sentiasa.


Cemburu melihat mereka.


Jika di mata Tuhan ada kekasih-Nya, Rasulullah, ada para syahidin, ada para sahabat, dan ada mereka, maka adakah Tuhan masih mahu memandang pada aku yang tidak punya apa-apa? Mahu bawa bekal amal untuk akhirat, tapi aku sendiri khuatir berapa banyak saja yang mampu aku letakkan pada timbangan? 


Allah!


Tapi aku syukur kerana Allah kenalkan aku dengan mereka, Dia temukan wajah kami walau sekali cuma. Kerana dari mereka, aku rasa tempias tarbiyyah yang mungkin tidak aku temukan dalam usrah. Melihatkan bagaimana mereka sentiasa dalam perniagaan syurga-Mu. Hebat!


Aku mahu jiwa yang kosong dengan hal dunia.
Aku mahu jiwa yang penuh dengan cinta Tuhan saja.
Ajarkan aku sahabat bagaimana kau penuhi jiwa-Mu dengan nama Tuhan bila musibah menimpa.


captured by: kak krun


captured by: syafiqah

note: kak krun,syafiqah. your advantages do inspired me a lot. jazakumullah khayran katsiira, May Allah Bless.

note: untuk mak naqibah tercheenta, arwah kak hana, kak tini, kak aimi, kak ayu, kak nad. Glad to have 'ummi'2 even for once kemudian bertukar-tukar.

note: syukur juga dipertemukan dengan sahabat yang lain. Semua orang bagi syafa semangat, sama ada sedar ataupun tidak;)

Tuesday, April 17, 2012

Pada sebuah kehidupan

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful.


Tangan gagap untuk kembali menulis. Papan kekunci seolah terlalu asing. Kekunci 'backspace' lebih banyak ditekan berbanding kekunci huruf-huruf yang ada. Tidak tahu perlu mula dari mana. Terlalu lama tidak menconteng pena dimana-mana ruangan. Mahu berkongsi semua rasa, semua urutan cerita tulisan Tuhan, yang mana semuanya dirancang rapi, tidak ada satu pun darinya layak dikata kebetulan.


Ya Allah,
jika tulisan ini bisa membawa hati yang membaca terarah kepada-Mu,
maka permudahkanlah. Allahumma yassir wala tuassir.


Hidup ini seperti kain putih. 
Allah berikan berelung-relung pada manusia.
Lalu Allah memerhati bagaimana hamba-hambaNya mencorakkan kehidupan mereka.
Ada yang menggunakan celupan hitam pekat jahiliyyah,
malah ada sebahagiannya yang teliti mencanting dengan warna-warna Ilahi.


Kalau dulu aku tidak menghargai makna kilauan yang ada pada bintang,
sehinggalah aku lihat betapa hebatnya kilauan islam yang terpancar dari jiwa-jiwa yang tertaut pada Tuhan.


Kalau dulu aku tidak tahu apa nikmatnya memandang pelangi,
sehinggalah aku merasakan sendiri betapa indahnya meletakkan Tuhan dalam hati.


Sungguh bertuah bagi mereka yang memiliki cinta Tuhan. 
dan aku---merasakan perkara yang sama setiap kali memandang dunia.
(rasa bertuah)


Pada sebuah kehidupan yang diberi,
nikmat-Nya tak pernah berhenti mengalir.
Ada saja yang ingin ditambah-tambah, diberi-beri untuk berbagi.
Dan aku nampak tamak kerana aku cekup kesemuanya.


Bumi sakura, luar bisanya auranya. Aku dapat semua disini.
Nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
Tuhan ajarkan aku cinta Ilahi, 
Tuhan ajarkan aku mencintai manusia demi Dia,
Tuhan ajar aku semuanya.


Aku bertuah kerana aku selalu ada Tuhan bersama:dimana-mana menemani.


"..Tidaklah hamba-hambaKu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai berbanding dengan hal-hal yang Aku wajibkan. Dan hamba-hamba-Ku akan terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah, sampai Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi pendengaran di mana ia mendengar dengannya. Aku akan menjadi penglihatan yang ia akan melihat dengannya. Aku akan menjadi tangan di mana is bertindak dengannya. Dan Aku akan menjadi kaki yang mana ia berjalan dengannya.."
#HR Bukhari.



Dulu aku buta mengenal mana satukah nikmat-Nya,
tapi sekarang aku bisa melihat Dia walau pada segugus sakura.
-Spring2012-



Thursday, March 29, 2012

As what i expect to be

Bismillahirahmanirahim...


Kekadang, kerana sesuatu dan lain hal, tiba-tiba ada perubahan drastik di ruhiyah kita. Solat kita tidak khusyuk. Kaki kita terasa berat melangkah untuk berjemaah, terutama solat subuh. Ghairah iamulail kita melemah atau hilang secara total. Angan pada dunia kita melua-luap. Kita sulit bersyukur dan bertaubat. Kita akrab dengan dosa.Kita tidak ingat kematian, bahkan tampil 'dingin' saat mendengar atau melihat kematian seseorang atau melewati kubur. Kita susah diingatkan dan dinasihati. Jiwa kita liar. Dan, masalah-masalah lain tidak kalah bahayanya.
#taujih ruhi


Nyata bagi diri aku, berjauhan dengan murabbi-murabbi hebat benar-benar menguji. Apatah lagi tiada keluarga di sekeliling. Itulah sebenar-benar tarbiyah. Yang mana ia bermula setelah kita selesai dengan lingkungan gembira/usrah. Bukan mudah untuk menjaga dan membaiki puing-puing hati yang sudah lama menjadi sarang jahiliyah, bahkan lumut-lumut kebatilan yang aku biarkan bertumbuh. Kerisauan terbesar aku, bila mana aku menjaga dan fokus pada satu sisi kebaikan saja, syaitan mula masuk ke oasis hati dari arah yang lain.


Jiwa-jiwa yang tadinya layu hingga nyaris mati penyebabnya bukan hanya kerana jauh dari al-quran dan sunnah."
-Abdul Hamid Al-Bilali-


Tazkiyatun nafs. #penyucian jiwa


menyeru manusia melalui tulisan itu mungkin mudah. tapi mempraktikkan apa yang ditulis itu susah bukan?

Sekembalinya aku ke jepun bermakna bermulalah pentafsiran tarbiyyah melalui medan latihan. Dan, tazkiyatun nafs itu benar-benar rumit. Aku kira sulit untuk aku imbangkan semuanya. Kagum aku pada usaha syaitan nirrojim yang memang tak kenal erti lelah untuk meranjangkan manusia dari islam, menghijabkan hati manusia dari berTuhan. Ada saja helah untuk menarik. Malah aku sendiri kadang-kadang tewas. 


Namun aku percaya, proses pemulihan selama 1 bulan setengah di Malaysia baru-baru ini berguna jika aku jaga dan laksana seperti biasa. Bila mana aku teruskan usaha-usaha mendekati Tuhan, pasti tidak ada yang sia-sia. 


"Dan hamba-Ku tidak akan berhenti mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya, Aku pun akan menjadi pendengarannya yg dengan itu dia mendengar, dan menjadi penglihatannya yg dengan itu dia melihat dan menjadi tangannya yg dengan itu dia menyentuh, serta menjadi kaki yang dengan itu dia berjalan. Kemudian jika dia meminta kepada-Ku, Aku pasti akan memberinya."
-HR Ahmad-


Oh, syaitan-syaitan! Berhentilah menabur benih dengki, benih rasa dipinggirkan oleh manusia, atau apa-apa jenis benih kejahatan sekalipun. Tidak aku guna kerana Tuhan itu sentiasa ada untuk menjaga aku dan sahabat.


Kalau manusia itu tidak memerlukan aku sekalipun tapi aku punya Allah yang aku perlukan dan yang perlukan aku untuk menyayangi-Nya. Everything for the sake of Allah.
#boleh ker nak 'perasan' macam nie;')



sungguh ada hikmah di sebalik penciptaan baik dan buruk
pahala dan dosa,
syurga dan neraka.


rindu sangat-sangat dengan tarbiyah.
#keluhan dari 'one my my beloved junior' yang baru sampai^^


adik, ketahuilah yang tarbiyyah itu ada dalam kehidupan kamu. Cuma kamu perlu bijak menafsirnya sendiri ya.