In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
bismillahirahmanirahim....
aku sangka diriku sahaja diuji,dirimu tidak
aku sangka kamu tenang disana,gembira dengan sekelilingmu
tapi rupanya anggapan ku salah...
kamu juga mengalami keperitan yang sama tatkala aku tiada
namun kamu diam,bisu tak berkata-kata
kamu pendamkan segalanya saat aku bercerita
terima kasih kerana sudi meminjamkan masa untuk mendengar luahan hati ku
terima kasih kerana masih sudi untuk berkongsi isi hati ini...
kata kamu...
wa lirobbika fasbir
"dan kerana Tuhanmu bersabarlah"
manisnya cara kamu menasihati ku
manisnya cara kamu membangkitkan semangatku
manisnya cara mu menegur ku
manisnya cara mu memberi kekuatan kepadaku
hanya dengan sepotong ayat pendek
tarbiyah dari Allah itu datang menyentuh hatiku
ya Allah...
kenapa lembutnya sentuhan buat seorang hamba
kenapa halusnya caraMu menyapa hati
sehingga aku air mata jatuh menitis bergolek-golek
lalu aku mula malu dengan kelemahan diri ini
malu ya Allah untuk aku mengangkat wajah menghadapmu
malu sehinggakan aku terasa untuk tidak bangun dari sujud
malu untuk kamu tahu bahawa inilah hambaMu yang mudah jatuh saat diuji
lemah dengan dugaan....
kamu...
aku sentiasa tahu
kamu disana untuk aku dan aku disini untuk kamu
kamu ada aku dan aku ada kamu
kita bukan berseorangan dalam perjuangan ini
kita ada Allah
maka,kuatlah!
-note-
mira...jgn lemah mcm syafa
mira lebih kuat,teruslah bangkit...sebab syafa tahu mira boleh!






