Saturday, October 13, 2012

#01


dan banyak harapan yang telah kita bina
banyak impian yang telah kita harap terjadi.
banyak cerita indah yang telah kita doakan berlaku.
tapi,
hingga saat ini
masih belum ada tanda
bahawa ia akan pernah terjadi
menyedihkan?


tapi,
bukankah sebelum hadinya harapan
dan wujudnya impian
kita pernah percaya bahawa rencana-Nya
jauh lebih sempurna?
kita pernah yakin bahawa semua takdir-Nya
adalah jauh lebih indah?
dan mengapa akhirnya, hanya sekelumit rasa
kita mahu berhenti percaya pada Dia 
yang lebih tahu segala?

#tersenyum-melihat-langit.







Wednesday, October 10, 2012

Nagoya-Alexandria

Bismillahirahmanirahim

Ukhti...

Jika benar kasih sayang ini
jika benar ikatan ukhuwah ini
biarlah ia tersurat di doa
tersirat di dalam hati
mungkin ini lebih baik.

Jika hari ini Allah jadikan aku
sebahagian dari jenis ujian
ke atas kamu,
aku harap kamu tidak pernah letih
untuk bertahan walaupun tidak setegak
hari lalu.

Ketahuilah sebanyak mana kamu
cuba menjauh dari aku sekalipun,
aku tidak akan menjarakkan kita dalam
doa.


Nagoya-Alexandria.


I do really hope 
I'll see you again when Allah let me
:')


Sunday, August 12, 2012

satu malam

Bismillah...


Jantung tetap berdegup 
tanpa minta di arahkan.


Darah terus mengalir
sempurna tanpa perlu di suruh.


Begitu mahu aku, 
sujud tanpa siapa memaksa
dalam esakan menemukan lailatu qadr.

Malam pengampunan
semoga aku dan kau-kita, sama-sama berada pada waktu itu.



selamat memburu suatu malam yang lebih baik dr 1000 bulan..bismillah.

Wednesday, August 1, 2012

Diari Ramadhan 3

Bismillahirahmanirahim..

Setiap dari kita diberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya
dan kita patut gunakan sebaik mungkin.

Dia berpeluang menjadi jahat, 
dan berpeluang kembali membawa diri menjadi baik.

Mungkin jahat-baik,
baik-jahat-baik,
jahat-baik-jahat-baik,
dan seterusnya.
Macam-macam urutan dalam menjumpai kebaikan.

Sehingga itu, dia boleh menilai sendiri,
di mana dia mahu diri dia ditempatkan. 

Sebaik-baik manusia itu,
bukanlah yang tidak pernah melakukan dosa kan?
tetapi yang segera bertaubat sebaik melakukan dosa:')


adapun setiap orang pasti punya keinginan
untuk memiliki hati yang putih suci harum seperti bunga.
sungguh,
cantik yang di dalam akan terbias sampai ke luar, percayalah?


Sunday, July 22, 2012

Diari Ramadhan 02

Bismillahirahmanirahim..

Ber'skype' dengan keluarga iftar tadi,
senyum di luar tapi hujan di dalam.

Semua orang balik rumah
puasa 1,2 ramadhan dengan mama abah.
Meriah.

Kalaulah dapat iftar sama-sama,
boleh ikut abah naik kereta pergi terawih dekat masjid,
pastu balik jalan kaki sebab kena tinggal dgn abah, termengah-mengah sampai rumah.

Tidur.

Malam-malam, bila terjaga terus pergi dapur cari makanan 
masuk bilik buka laptop menulis di blog atau baca blog orang,
bila abah datang bilik, terkejut terus pura-pura tidur takut kena marah^^

Tapi kalau mama yang bangun,
mesti sekarang mama ada kat sebelah meniarap atas katil sama-sama temankan menulis
pastu bila mama bosan dia suruh buka facebook kawan, nak tengok kawan-kawan adik katanya.hihi

Rindu!

Maaa, Abah, along, abang, kakak, angah, achik, and dearest anak buah.
See you all soon.

Love,
Syafamohamed



Friday, July 20, 2012

Diari Ramadhan 01

Bismillah...


Terawih di masjid nagoya, Jepun.
Sangat tenang.
Indah.

Walaupun kurang biah,
alunan kalam Allah tetap sampai ke hati.


Nafas baru Ramadhan.
Lain dari biasa, aneh tapi rasanya mengasyikkan.

Allah. Thank You.



Aku cuba persembahkan ibadah terbaik
seolah inilah ramadhan terakhir yang aku temukan.
Izinkan ya Allah.


nota: melihat seorang wanita arab bersolat di sebelah aku. Dia menangis ketika imam mengalunkan bait-bait Quran namun aku pula menangis kerana aku sedang menahan malu bertemu Tuhan. Kerana aku cuma membawa kehinaan dan dosa-dosa ketika bertemu Dia tadi. Allah hu Rabbi.