Sunday, August 28, 2011

minum yang gopoh

bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful



ramdhan berlalu pergi,tinggal 1 hari saja.
bagaimanakah ramadhan kita? berjayakah kita dengan hanya sekadar menahan lapar dahaga? atau berjayakah kita mendidik nafsu untuk patuh pada kita sehingga menjadi insan ramadhani yang baik kali ini? 


nauzubillah...


dalam keriuhan berbuka,kadang-kadang tak sedar kan tertib kita ada yang tak kena.sekadar ingin berkongsi kepada yang masih belum mendengar tentang ini. Sesungguhnya dakwah paling asas adalah kamu menunjukkan akhlak yang baik.ganbatte:)


RASULULLAH saw bersabda maksudnya: Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya. -Hadis riwayat Imam At-Tarmizi-

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan ! menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.

Gopoh - amalan syaitan

SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".



note;syukran jazillan kathiran pada yang membaca:)semoga Allah mengganjari, atas luangan masa sahabat ke sini.

Sunday, August 21, 2011

diari seorang muallaf

pupuk cinta di hati pada dakwah dan tarbiah diri

Alhamdulillah binikmati islam wa iman...

22 ramadhan, malam ketiga dari sepuluh malam-malam terakhir.
padanya punyai malam istimewa,lailatulqadar.
istiqamah dalam ibadah hendaknya senantiasa.

semalam 21 ramadhan, Allah berikan kesempatan untuk saya punyai ruang bersama mama ke majlis tadarus daerah. Kisah bermula apabila selesai tadarrus, tiba-tiba ada seorang jejaka muallaf, tinggi lampai, kulit cerah bermata sedikit sepet macam saya juga^^ berdiri memegang mikrofon mula bercakap.

suasana bertukar*

makcik dan pakcik yang ada disitu semuanya celik luas. semua seakan-akan ternanti-nanti apa yang bakal ikhwah ini katakan sebenarnya.

saya akan ceritakan kisah dia dengan menganggap saya adalah dirinya>>>>>
iA,tiada sebarang tokok tambah atau rekaan dari cerita asal...

 
..................................................................................................

Assalamualaikum...nama saya ridwan. kalau boleh saya nak kongsi lah sedikit pada makcik dan makcik, pemuda-pemudi tentang kisah bagaimana saya masuk islam, mengucapkan kalimah syahadah...Ashaduallailahaillallah, Muhammad Rasulullah.

saya ini asalnya dari singapura, mak orang singapura, ayah orang penang. mak bangsa cina, ayah pun sama jadi saya keluar-keluar dari perut mak memang berbangsa cina tapi agama kami kristian. Agama kristian semua orang pun tahu kan guna kitab 'bible'. Jadi saya nie pun asyik duk baca lah kitab 'bible' tue selalu dan sokmo.

Saya tengok cara orang melayu dan orang cina didik anak memang berbeza. Kebanyakan orang melayu suka manjakan anak, tapi orang cina nie tegas dan garang. Contohnya mak saya. Kecik-kecik dulu saya nie selalu sangatlah kena rotan dengan emak, pastu dia paksa saya baca kitab 'bible'. Tak baca kena marah, mak rotan lagi. Saya nie dah jemu dah duk baca kitab tue. Berapa kali dah khatam, pusing-pusing duk belek muka surat sama jer. Dah hafal,  ingat semualah!
*tersenyum...

sempena bulan ramadhan nie saya nak cerita sikit kisah yang bible tulis tentang puasa. 
kerana disini permulaan hidayah Allah buat saya.Subhanllah...
dalam bible pun Tuhan dipanggil Allah. kisah dalam bible ada cerita Allah arahkan Nabi Isa untuk keluar berjihad tapi Isa perlu buat persiapan sebelum keluar. Salah satunya ialah puasa 40 hari. lalu Nabi Isa pun berpuasa lah selama 40 hari dan dia berbuka hanya dengan susu. Tidak dinyatakan susu apa, sama ada susu kambing ke, lembu ke, apa ke, saya pun tak tahu. Keadaan ini berterusan sehingga lah 40 hari.

Setelah selesai puasa 40 hari, Nabi Isa mengadu lapar dan teringin untuk makan. Diceritakan bahawa syaitan telah datang menggoda dan memberitahu 3 perkara;

1) hei Isa. Allah kan kurniakan kau bermacam-macam mukjizat. Seperti yang kita tahu, dengan kuasa Allah, Isa diberi kelebihan untuk menukarkan segenggam tanah liat kepada seekor burung, bercakap ketika masih bayi (Isa Ibnu Maryam) dan sbgnya."Apa kata kau ambil saja seketul batu dan tukarkannya menjadi roti, lalu kau boleh makan banyak-banyak.",kata syaitan.

2)iblis menyuruh Isa terjun dari bangunan tinggi
3)iblis mengarahkan Isa sujud pada dia

kerana masa tak banyak, saya ceritakan yang pertama sahaja.

saya tak pelik pun dengan ayat-ayat kat sini. Tapi dah berulang-ulang kali saya baca kitab bible nie, saya rasa macam....tahu tak rasa tue....rasa kosong jiwa...rasa ada yanh tak cukup...ada yang hilang....
*sambil memegang dadanya 


satu masa saya terfikir tentang satu ayat dalam bible. kisah dan ayat dari Isa nie kalau nak tulis memang tak cukup satu kitab kerana terlalu panjang berjela. Menulis atas lautan pun belum tentu habis. Ini cuma sebahagian, masih ada sambungannya.


masa tue saya rasa ada pihak ketiga yang menulis kitab ini. takkan la Tuhan nak cakap tulisan dia masih ada sambungan. ini maksudnya kitab nie manusia yang tulis. lagipun ayat-ayat dalam bible tak sampai ke jiwa. Macam bukan tengah berinteraksi dengan tuhn tapi seperti mendengar kata-kata manusia.


lalu saya pergi ke perpustakaan untuk mencari sambungan kitab itu...saya baca kitab yunani,buddha,yahudi dan macam-macam lagi. tapi saya tak baca dua kitab iaitu hindu sebab saya sangka kitab itu untuk orang india sahaja. satu lagi kitab Al-Quran sebab saya sangka juga kitab ini untuk orang islam sahaja. kalau kitab yunani,buddha tue semua ada juga kaitannya dengan kristian.


lagipun saya nie cina, kabanyakan orang cina agamanya buddha mungkin sambunganya disitu, sangka sayalah.


satu hari saya pergi jumpa paderi dan bertanya..


'paderi2,boleh tak saya nak baca terjemahan kitab al-Quran,'tanya saya.

'eh, buat apa kamu nak baca al-Quran?tak payahlah...kitab itu syaitan yang tulis,'kata paderi.

'syaitan yang tulis?paderi2,Allah kita tue kn kuat,kenapa Allah tak bunuh jer syaitan tue supaya dia tak sempat tulis kitan al-Quran?,'ujar saya.

banyak lagi saya berceloteh buat paderi pening...
*paderi terdiam...tak tahu mcm mana nak jawab dengan budak lembab macam saya nie..

pastu saya mula takut la kan..uishhh....ader pulak syaitan tulis kitab. tapi saya nak jugak baca. jadi saya pergi pula bertanya pada paderi kedua.

'paderi2, boleh tak saya nak baca terjemahan al-Quran,'tanya saya.

'oh...bacalah. tapi kamu jangan ikut cakap kitab tue. lepas baca balik ke sini semula yer. pastu kamu ceritalah jugak pada aku apa yang kamu dapat dari kitab itu,'balas paderi kedua.

tanya paderi lagi,'kenapa nak sangat baca al-Quran?'

'kerana ada empat kemungkinan. 1)bible benar, al-Quran salah 2)al-Quran benar, bible salah 3)dua-dua benar 4) dua-dua pun salah

waktu tue saya 'excited' sangatlah kan. paderi dah bagi green light.

diringkaskan cerita,masa tue mak dan ayah saya baru bercerai, saya pula berhijrah ke petaling jaya malaysia. saya mendapat keluarga angkat dan tinggal dengan mereka. dah orang ajak, saya 'on' jer la kan. memang waktu tue pon, kewangan saya tak mengizinkan. 

sejak hari itulah saya mula baca al-Quran. saya buka dan tengok ayat pertama.

Bismillahirahmanirahim
-Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang-

saya kata pada diri sendiri*monolog dalaman

fuh...hebatNya ayat nie.Tuhan tue dah cakap.Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Eh, Tuhan nie nampak hebatlah.

tapi betul ker kitab nie neh. Boleh percaya ker...saya baca lagi
 
surah al-Baqarah:

Alif Lam Mim.
zalikal kitabularoibafih, hudallilmuttaqin.
-Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa-  

Astagfirulaah al-azim
saya baru jer ragu-ragu, bersangka yang macam-macam...terus Dia menjawab pada saya. Eh,hebatlah kitab nie.MasyaAllah...

saya baca hingga habis ayat ke-lima. dan memang ayat-ayat ini meyakinkan saya. tapi saya masih berfikir dua kali untuk memeluk islam. Sebab keluarga saya memang bantah keputusan saya. pakcik saya pula mengugut untuk tidak menanggung pembelajaran saya lagi jika saya pegang pada islam.
risau juga sebab kalau saya tak sekolah, siapa yang nak tanggung mak saya nanti. Macam mana nak cari makan.

tapi satu hari saya ikut keluarga angkat ke masjid, tiba-tiba pentazkirah keluarkan satu hadis tapi saya tak ingat sepenuhnya.

hadis tue katakan jika kamu berpegang pada islam, maka Allah janjikan rezeki buat buatmu, kaum keluargamu dan dipermudahkan jalan bagi urusan kamu.

kali nie memnag saya yakin sepenuhnya.yelah, okeylah kan dah Allah dah cakap dah...segalanya Dia guarantee kan...guarantee akan rezeki buat saya, permudahkan segalanya dan memang syurga yang pasti jika saya ikut jalanNya.

saya buat keputusan untuk berhenti sekolah, masuk islam dan saya tekad untuk cari islam sebenar, saya nak belajar segalanya yang saya tak tahu.

jadi suatu hari saya pun diislamkan oleh seorang ustaz di sebuah masjid di melaka. Saya memang rasa sangat tenang selepas mengucapkan syahadah...tenang setenang-tenangnya..tak pernah saya berasa begini.

waktu saya di masjid ada seorang hamba Allah yang baru sampai mendekati saya dan bertanya...

"awak muallaf ker?"...

"ya saya...kenapa?mana awak tahu saya muallaf?"
saya kagum sekejap..eh,orang nie saya tak kenal dia pun tapi dia tegur saya.kalau orang cina, susah nak jumpa yang macam nie.

kemudian orang tue hulurkan saya duit RM10.

Eh,saya terhairan...macam dia tahu-tahu jer saya tak de duit.PAP!!!!saya teringat janji Allah.
Aku janjikan kamu rezeki jika kamu berpegang pada Islam. Subhanallah...

kemudian nak keluar masjid pun berlaku benda sama...ramai pulak orang bertanya soalan yang sama dan hulurkan saya duit. *bagus jugak masuk islam, tetiba dapat duit senang-senang jer, tak mintak pon.hehe....bisik hati nakal saya.

selepas dua minggu saya dapat offer dari takrim di masjid jamek untuk belajar agama disitu. tempat tinggal dan duit belanja bulanan akan diberikan. Eh, sekali lagi! Ya Allah, kali nie memnag hati saya makin kuat untuk berada di jalan ini. Janji Allah itu sememangnya benar, sedikit pun tiada tipu daya.

jadi disini saya nak pesan satu perkara jer...kalau saya yang asalnya kristian boleh cuba jihad dan keluar berdakwah di jalan Allah, tiada alasan untuk orang lain yang sejak lahir lagi adalah islam untuk menyisihkan diri dari jalan ini.

*tersenyum....

dan kesimpulan yang saya dapat...jawapannya nombor 3...dua-dua benar. kerana kitab injil itu diturunkan sebelum turunNya al-Quran tetapi disebabkan tangan manusia yang bernama paul~~~~ yang telah mengubah isi kandungan injil itu menyebabkan ia terpesong.

            ..................................................................................................

note;sekadar perkongsian mengisi ruangan jiwa...semoga kita semua terus thabat(teguh) di jalan ini. Dakwah adalah cinta maka semai lah ia dalam hati agar ummah yang tenat tidak terus hanyut...

Saturday, August 6, 2011

istirehat bukan matlamatnya

''sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,''
(Al-Imran:190)


bismillahirahmanirahim
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah masih punyai kesempatan bertinta sementara menunggu azan subuh. baru selesai sahur, perut yang diisi kadang-kadang lebih suka akan istirehat. jadi untuk elakkan dari tidur, teringin untuk singgah menyambung tinta usang.
*ramadhan pny azam:kurangkan tidur syafa mohamed..^^

insyaAllah,kembalikan niat menulis kerana Allah. Semoga hadirnya hati disebalik tulisan ini, agar terkesan pada jiwa si penulis dan pada yang membaca.


Rasanya sekarang dimana-mana universiti pun sudah mula untuk cuti musim panas. Mungkin ada yang cuti satu bulan,ada juga 2 bulan,atau ada juga yang lebih dari itu. Sebanyak mana cuti yang ada, bukan itu menjadi persoalan tetapi bagaimana masa-masa itu dihabiskan, itu menjadi tanda tanya?


lihat firman Allah;
'dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak mampu menghitungnya..'
(an-Nahl:18)


Banyak nikmat yang Allah anugerahkan buat kita contohnya nikmat ukhuwah, nikmat bernafas, nikmat berada di bawah payungan malaikat kerana menyertai majlis ilmu, dan nikmat kelapangan masa itu sendiri.


Manusia itu kita. Saat Allah berikan banyak kerja duniawi pada kita hingga menjadi sibuk, mulalah kita mencari-cari kelapangan masa. Tetapi apabila Allah berikan kelapangan masa buat kita, berapa orang yang benar-benar menghargainya. *peringatan juga pada yang menulis.

Dalam diam, sebenarnya nikmat kelapangan masa itu merupakan ujian buat kita. Allah ingin lihat sejauh mana ingatan kita pada Dia, apa yang kita lakukan mengisi ruangan masa tersebut. Muhasabah diri, lihatlah cara bagaimana kita menghargai nikmat kelapangan masa sebelum ini.


Rasulullah bersabda:
'Terdapat dua nikmat dimana kebanyakan manusia menderita kerugian didalamnya iaitu nikmat keishatan tubuh badan dan masa lapang.'
(HR Bukhari)


Masa lapang itu juga sebenarnya tidak kosong buat selamanya. Ada dua kemungkinan yang kita bakal lakukan. Sama ada kita mengisi waktu-waktu itu dengan perkara-perkara baik ataupun sebaliknya dengan perrbuatan yang sia-sia. Sesetengah dari kita akan menciptakan kesibukan dengan perkara baik mengisi kelapangan, tetapi ada juga yang memiliki kesibukan yang sia-sia. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang mengisi kebaikan dengan kebaikan dan amal soleh...iA, semoga kita juga tergolongan dalam golongan sebegini.


berkata sebahagian orang-orang soleh:
''Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu 'hawa nafsu' terhadap dirinya, dia akan terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu itu lalu Allah menciptakan kekacauan didalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya...''

Ibnu 'Athaillah Al-Iskandar berkata:
''Satu kerugian dan kehinaan yang besar iaitu kita selesai melaksanakan kesibukan dan pekerjaan kita lalu tidak menghadap Allah dan beban kita telah berkurang, tetapi kita tidak bergerak menuju keredhaanNya.


Astagfirullah al azhim...semoga kita semua yang bercuti dapat menyibukkan diri dengan agama Allah dan kerja-kerja yang membawa ganjaran akhirat. Biar penat didunia asalkan kita mendapat kerehatan yang sebenar-benarnya di akhirat.


''Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu,'berilah kelapangan didalam majlis-majlis', maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu...''
(Al-Mujadilah:11)



entry kali ini khas buat peringatan diri sendiri yang bakal pulang ke Malaysia pada hari esok. InsyaAllah, ada sedikit perancangan dalam cuti dua bulan ini. InsyaAllah juga, bakal menyibukkan diri dalam masa yang ada dengan program-program ilmiah. Ruhi ini kalau tak disuap, tidak diberi makan, dua tiga hari pun dah boleh mula futur kembali.

Juga buku-buku yang menanti dirumah, maaf sebab syafa tak dapat bawak dulu. Sangat sedih bila beg lebih 30kg, terpaksa re-packing dan kakak keluarkan buku-buku tue satu per satu. Ya, faham. Buku tue semuanya tebal, memang menjadi punca beg terlebih berat.-.-''
ya, saya akan cuba baca anda semua yer  dearie buku-buku.

Kakak naqibah juga ada pesan,'bila sampai rumah,jangan lupa berbakti kepada kedua ibu bapa,'. Tak selalu dapat jumpa mereka. kehidupan makin singkat, ajal pula makin dekat. Siapa tahu andai esok sudah tidak menjadi milik kita.

Ayuh!jangan lena lagi...buat list to-do yang baru. Apa yang bakal mengisi ruangan cuti kita?
1)ikut program
2)banyakkan bertadarrus/tilawah
3)baca buku menanti
   -biografi Muhammad SAW
   -Raheeq makhtum
   -Jagalah Allah,Allah akan menjagamu

   -dasar-dasar islam
   -Asas-asas islam
   -muntalaq *gomen ummi,xhabis lagi
4)mencari buku-buku baru 
5)ziarah adik-adik di Ambang Asuhan Jepun
6)tolong mama abah *dah boleh masak hari-hari,skill dah improve dah mama^^
7)uploading.....


Semoga setiap amal dalam perhintunganNya. Jangan berbangga pada amal yang dilakukan kerana bukan kumpulan pahala yang menyebabkan kita syurga tetapi kerana rahmat kurniaNya. Sama-sama banyakkan berdoa agar Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya kepada kita sebagaimana Dia melimpahkan rahmatNya kepada para solihin yang terdahulu.


bergerak ke arah kebaikan, berlari menjauhi keburukan:)

''Antara kebaikan seorang muslim ialah dia meniggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.''
(HR Tarmizi dan Ibnu Majah)


  sahabat...


ketika dunia memberi 1000 alasan untuk kita menangis,
tunjukkanlah bahawa kita punyai 1001 alasan untuk tersenyum.


ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kita mengeluh,
tunjukkanlah bahawa kita punyai 1001 alasan untuk bersyukur.


ketika dunia memberu 1000 untuk membuat kita menyerah,
tunjukkanlah 1001 janji ALlah bahawa kita akan beroleh kemenangan.


sahabat...


ketika kerja kita tidak dihargai,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.


ketika usaha dinilai tidak penting,
maka saat itu kita sedang belajar erti KEIKHLASAN.


ketika hati sedang terluka,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.


ketika kita merasa sepi dan sendiri,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KEKUATAN.


ketika kita dipaksa memberi sesuatu,
maka saat itu kita sedang belajar erti KEMURAH HATIAN.


'Dunia ini terlalu hina untuk kita menangis.'
...terlalu murah untuk membuat kita bersedih,

...terlalu lemah untuk membuat kita berputus asa.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>jangan pernah berhenti melangkah!


note: doakan perjalanan pulang syafa supaya selamat sampai ke Malaysia. Untuk sahabat-sahabat yang tak balik, xpe..jangan sedih..syafa tolong makan kan biskut raya untuk semua yer.


Tuesday, August 2, 2011

sendiri mencari Dia

sendiri mencari Dia

Bangun dari mimpi, berjalan menuju realiti. Hari ini benar-benar bukan semudah semalam. Perjalanan menjadi seorang dai'e ini  juga bukan mudah. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Kerap kali langkah tersadung,jatuh menyembah bumi. Tapi sesekali cuba bangkit, melangkah gagah, mengukir senyuman buat semua namun disebaliknya kesabaran diuji, sabar menahan air mata.

Dugaan Allah bertukar menjadi Anugerah.

Dugaan itu sebenarnya mematangkan diri dan menguatkan semangat agar mampu bangun saat terjatuh. Kembali kuat ruhinya, mantap seperti insan murabbi.

Jauh di negara orang, cabaran buat diri. Berada di negara bukan islam benar-benar teruji. tetapi disitulah sebenarnya kamu mampu melihat, sebanyak mana langkah dan usaha kamu dalam mencari islam itu. Mungkin, andai masih berada di Malaysia, nikmat islam itu kamu takkan pernah hargainya sampai bila-bila.

'i found muslim in the east but there is no islam,
i found islam in the west but there is no muslim.'
-Yusuf Islam-

Dek jarah yang jauh memisahkan kami walaupun berada di negara yang sama, pengisian segalanya menggunakan online. Yer, rasanya berbeza apabila tidak dapat bersua muka dengan usrati. Tiada teman disekeliling, tiada yang akan melihat kamu 24 jam. Diri sendirilah yang mengatur segala tindak tanduk. Apa yang dilakukan, tiada siapa yang tahu. Rahsia terkunci antara hamba dan Penciptanya sahaja.

Disini, tarbiyyah dzatiyyah(tarbiyyah individu) banyak memainkan peranan. Tarbiyyah yang diberikan oleh setiap individu muslim bagi dirinya sendiri agar terbentuk keperibadian islami yang sempurna dalam segala segi seperti keimanna, akhlak, sosial. ilmiah(fikrah) dan lain-lain.

kenapa pentingnya 'tarbiyah dzatiyyah':

menjaga diri sendiri harus didahulukan sebelum orang lain
kalau bukan diri sendiri mentarbiyyah diri,siapa lagi.
   'sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain'
kerana kita akan dihisab atas amalan sendiri
lebih efektif untuk merubah diri sendiri
salah satu cara untuk thabat dan istiqamah dalam tarbiyyah
salah satu usaha dakwah yang paling kuat
mudah diaplikasi dimana-mana


tambahkan usaha kearah tarbiyah dzatiyyah.

sentiasa muhasabah diri
banyakkan bertaubat
perbaiki ibadah wajib
perbanyakkan ibadah sunat dan istiqamah
memperbaiki akhlak
meningkatkan usaha dakwah
mujahadah:berkorban masa,tenaga,harta...

Tanpa tarbiyah dzatiyyah, agaknya sudah kemana-mana hati melayang, diri terjunam. Tarbiyah dzatiyyah membuatkan hati kita mampu bertahan dalam pelbagai ujian dan tekanan agar dapat merasai dan menghayati nikmat hidup seorang mukmin. 

Allah juga datangkan semangat yang payah kendur, hilangkan kefuturan dan anugerahkan jiwa yang istiqamah dalam melaksanakan segala tuntutan. Fikiran juga tidak jumud, tidak bimbang dengan tuduhan, fitnah dan buah mulut manusia.

:) tersenyum sendirian.

Manisnya perhubungan seorang hamba dan Pemiliknya. Dia yang membuat hambaNya menangis, lalu hambaNya datang kepadaNya mengadu rasa, berkongsi cerita. Dia usap, dibelai-belai lembut hati hamba itu dengan ayat-ayat cintaNya. Dia sendiri juga mengukir senyuman pada bibir hambaNya. 

Subhanallah,aturan yang cukup indah.

Jagalah diri kita.Jaga juga cinta kita pada Allah,Allah pasti menjaga kita kembali.

''Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.''
(At-Tahrim:6)


note:
sahabat-sahabat,thank you for some spiritual words in the past,really appreciate them^^
bila la nak jadi baik mcm sahabat-sahabat semua-.-''

Monday, August 1, 2011

Tuhan,ampunkan daku

nagashima spaland,nagoya

bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

Ramadhan,bulan penuh rahmatNya sudah berkunjung tiba. Bukan tidak gembira,cuma rasa terharu dengan nikmat Allah itu sedangkan aku adalah pendosa, pendosa tegar yang bergelut dengan dosa, tanganku berlumuran dosa juga hampir keseluruhan tubuhku diseliputi dosa. Malu mahu mengadapNya...

Ramadhan ini bulan yang suci. Hati mula sedih saat kembali mengenangkan segala jahiliyah dalam diri, saat teringat bukan senang untuk capai syurga dek dosa-dosa lampau. Mungkin ramadhan pertama ini bakal menjadi titik tolak antara hari semalam dan hari ini.
Alhamdulillah,jika benar bulan ini adalah kesempatan untuk diriku bertaubat,kembali kepada titik mula. Mungkin agak terlambat dari teman-teman lain yang sudah jauh memecut ke depan,tapi tak mengapa...salah diri kerana dulunya masih terleka. sekurang-kurangnya, diri tahu untuk berhenti melenyapkan jahiliyyah lalu, memulakan diari baru dari terus terhanyut.

Namun wahai teman,janganlah benci pendosa seperti saya. sebaliknya tegurlah,nasihatilah dan asuhlah,berikan semangat untuk kembali ke jalan yang sama seperti kamu.

Larangan Abu Ad-Darda’ R.a dari mencerca pendosa:

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Qalabah bahawa Abu Ad-Darda’ R.a  telah melewati seorang lelaki yang telah melakukan dosa.
Orang ramai telah mencercanya. Oleh itu, Abu Ad-Darda’ R.a  pun bertanya kepada mereka:”Jika kamu menjumpainya didalam sebuah telaga, adakah kamu akan mengeluarkannya dari telaga tersebut?”.Mereka menjawab”Ya.”
Abu Ad-Darda’ R.a pun berkata:” Oleh yang demikian, janganlah kamu mencerca saudara kamu dan hendaklah kamu semua memuji Allah SWT yang memaafkan  kamu!” Mereka pun berkata :”adakah kamu tidak membencinya.” Abu-Addarda’R.a  menjawab:” adapun aku hanya membenci amalan buruknya itu dan sekiranya beliau meninggalkan amalan buruknya, maka beliau adalah saudaraku.”

Banyak sungguh untuk diperbaiki dalam diri;

1)repair hubungan dengan Allah
2)repair cinta pada Allah
3)lenyapkan segala rasa pada cinta seorang ar-rijal
4)repair usaha dalam tarbiyyah
5)repair usaha dakwah 
6)tingkatkan amal dan sentiasa mutaba'ah
7)repair hubungan dengan manusia sendiri

Mungkin sebelum ini diri sendiri lah yang menghalalkan segala yang termakhtub haramnya. 

Astagfurillah al azhim... 

Banyaknya dosa diri ini,kalau dihintungkan dan ditimbang, infinity jadinya,mungkin error occured kerana terlalu banyak sehingga manusia manapun tak mampu mengiranya, hanya dibawah pengetahuan Dia sahaja,yang PASTI...



teringat kata-kata dari surat kakak naqibah, ummi ayu;

"syafa sayang,
Sifat lembut dan kasih sayang yang ada dalam dirimu pasti boleh mencairkan sesiapa sahaja. Tetapi, syafa sayang, amatlah lebih baik jika suatu hari nanti kamu mampu gunakan untuk menarik lebih ramai madu kepada islam dan dunia tarbiyyah ini. Ummi yakin kamu mampu menjadi seorang yang hebat dalam dunia tarbiyyah ini. Terus dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah beri kekuatan kepada dirimu dan kita untuk sama-sama terus thabat di jalan ini.''

Air mata berderai lagi teringat kata-katanya. Diri sering ingkar padaNya bukan kerana tidak tahu,tapi mungkin dengan sengaja. Ya Allah,teruknya diri ini dulu.

Mulai hari ini,bulan suci ini, diri perlu kuatkan tekad dan azam. Cinta UTAMA dari hati harus dipacakkan pada Dia, pemilik cinta sebenar. Mana mungkin seorang hamba mengutamakan peminjam cinta,mengetepikan pemilik cinta.


Cinta kepadaNya dalah cinta yang paling suci. Cintai Allah dan Allah akan memelihara seluruh cinta yang berputik antara manusia lain,InsyaAllah.





Doakan diri ini mendapat keampunan dariNya atas segala kelalaian dan dosa-dosa silam. Mungkin ini bulan untuk mencari diri yang sebenar, berubah dari jahiliyyah kepada islam dan meninggalkan segala perkara yang terlarang.


'sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu..'
-HR Muslim-


mubarak ramadhan

buat semua sahabat,selamat meneruskan ibadah puasa. doakan keredhaan bersama.terima kasih kerana kata-kata semangat kalian, saya masih kuat disini:)